Gosok gigi kurang 2 kali sehari boleh jadi punca sakit jantung

Malas menggosok gigi terutama selepas makan dan sebelum tidur boleh menyebabkan pelbagai penyakit bahaya yang mengancam kesihatan serta nyawa.

Ini termasuklah penyakit jantung, pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan strok, pneumonia, gangguan pernafasan, radang pada rahang serta menyebabkan selulit pada wajah.

Ini kerana bakteria terkumpul di dalam mulut yang tidak dibersihkan akan masuk ke dalam salur darah dan melekat pada organ seperti jantung.

Bakteria tersebut kemudiannya akan membentuk koloni di kawasan berkenaan, membiak dan seterusnya menyebabkan kegagalan jantung dan mengancam nyawa seseorang.

Selain itu, bakteria ini juga akan mengikut aliran darah dan berhenti pada organ lain seperti buah pinggang dan paru-paru.

Oleh itu, menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu setiap pagi dan sebelum tidur pada sebelah malam adalah perlu bagi mengelakkan sakit jantung.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]