Bateri vape meletup dalam poket seluar boleh bawa maut

Seorang pemotong daging mengalami lecur darjah 3 pada pahanya selepas bateri peranti vape meletup di dalam poket seluarnya.

Nader Harb menyifatkan kesakitan yang dialaminya amat perit.

Bateri peranti itu terbakar semasa Nader hendak membuka kedai daging.

Susulan kejadian itu, dia memfailkan tindakan mahkamah terhadap syarikat pengeluar bateri tersebut.

“Kesakitan itu tak pernah saya rasai sebelum ini,” kata Nader.

“Maksud saya, saya sering terluka terkena mesin, saya pernah dilanggar kereta, tapi tak pernah merasai kesakitan seperti ini,” tambahnya.

Bercakap kepada WKYC, Nader berkata, pegawai perubatan memberitahu bahawa dia mungkin boleh maut akibat kejadian itu.

Sumber Mirror UK

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]