MotoGP: Peraturan ‘Flag-to-Flag’ ditambah baik supaya tiada kemalangan

Peminat sukan MotoGP mesti sudah tahu apa yang berlaku sebenarnya bila pelumba MotoGP tiba-tiba masuk ke laluan pit dan tukar motor untuk teruskan perlumbaan.

Tapi untuk anda yang belum lagi tahu, kalau pelumba MotoGP masuk ke laluan pit dan tukar motor masa perlumbaan sedang berlangsung disebabkan hujan mula turun, ia dipanggil peraturan Flag-to-Flag.

Kali pertama peraturan Flag-to-Flag mula diperkenalkan ialah pada tahun 2005.

Kalau perlumbaan MotoGP bermula dalam cuaca yang panas dan tiba-tiba hujan mula turun semasa perlumbaan, maka peraturan Flag-to-Flag akan digunakan.

Pegawai litar akan mengibarkan bendera putih dan pelumba boleh masuk ke laluan pit untuk tukar motor yang sesuai berlumba dalam cuaca hujan.

Disebabkan dah macam-macam kemalangan yang berlaku di dalam laluan pit semasa peraturan Flag-to-Flag digunakan sejak tahun 2005, sekarang ni prosedur Flag-to-Flag sudah semakin teratur.

Yang terkini, prosedur yang perlu diikut oleh setiap pasukan kalau peraturan Flag-to-Flag digunakan semasa perlumbaan MotoGP boleh diikuti di laman Twitter rasmi MotoGP.

Sebelum prosedur Flag-to-Flag lebih teratur diperkenalkan, Marc Marquez, Andrea Iannone dan Jorge Lorenzo antara pelumba yang pernah terlibat dalam kemalangan di laluan pit semasa peraturan Flag-to-Flag digunakan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]