Fazriq Razif mungkin mampu ganti tempat Chong Wei

Mesti ada di antara anda yang kenal dengan nama seorang anak muda yang telah berjaya merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun di Jepun iaitu Muhammad Fazriq Mohamad Razif.

Untuk pengetahuan anda, Fazriq ialah anak bongsu kepada lagenda beregu lelaki negara, Razif Sidek.

Meskipun Fazriq anak pemain terkenal badminton, namun beliau tetap bersemangat berjuang habis-habisan untuk terus meraih kejayaan seperti yang dicapai Lee Chong Wei.

“Bukan mudah menjadi pemain nombor satu negara pada usia yang masih muda, saya baru berusia 15 tahun. Saya perlu menyusun jadual saya sebaik mungkin, dan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun saya akan cuba menjadi wakil negara (di peringkat senior).

Fazriq mara ke pentas final kejohanan, selepas menumpaskan rakan sepasukan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Anson Cheong Yan Feng, 21-16, 21-18 pada aksi separuh akhir.

Pemain muda itu menjadi sebutan antara bintang muda yang bakal menggantikan legenda badminton negara, Chong Wei, setelah merangkul kejuaraan ke-9 di peringkat remaja di Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun, selepas menumpaskan Alex Lenier, 21-16, 21-10 pada final di Jepun, 30 Jun lepas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]