Dalam pesawat terlalu lama membosankan lakukan 8 perkara ini

Bila sebut pergi melancong ke luar negara, siapa yang tidak gembira, kerana kebanyakan orang pasti menyimpan impian untuk pergi mengembara ke destinasi baru dan melihat budaya yang berbeza.

Tetapi, anda sebenarnya perlu bersedia untuk menempuh perjalanan yang jauh, lagi-lagi apabila perlu menaiki penerbangan yang memakan masa sangat panjang.

Berada di udara, tanpa melakukan sebarang aktiviti pastinya menjadikan perjalanan amat membosankan.

Ini antara aktiviti yang mungkin anda boleh lakukan bila berada di udara dan mengekalkan keterujaan melancong anda tu.

1. Pakaian selesa

Pakaian perkara yang paling penting perlu anda tentukan, kerana anda akan hadapi kesukaran untuk menukar pakaian di saat akhir.

Oleh itu pastikan baju dan seluar yang dipakai longgar yang dapat memberi kebebasan kepada anda untuk bergerak dengan selesa.

Untuk kasut pula, pakailah jenis sarung yang membantu mengurangkan rasa penat di bahagian kaki.

Kebiasaannya, kami juga sarankan untuk anda membawa selendang, jaket atau hoodie untuk persediaan jika berasa sejuk sepanjang penerbangan.

2. Menonton filem

Aktiviti ini rasanya pasti digemari anda semua kerana inilah antara aktiviti yang sering kita lakukan bila berasa bosan.

Menonton filem atau drama adalah satu aktiviti yang mampu mengisi banyak waktu terluang.

Sekiranya anda menaiki penerbangan terkenal, pastinya terdapat pelbagai genre filem disajikan.

Namun bagi penerbangan tambang murah pula, sebaiknya anda memuat turun siri drama atau filem yang anda minati lebih awal.

3. Melakukan kerja

Memang betul, bila pergi bercuti kita perlu meninggalkan semua kerja di pejabat untuk merasakan nikmat percutian yang sebenar.

Tetapi pasti ada diantara kita yang terpaksa membawa kerja untuk pergi bercuti bersama.

Oleh itu, manfaatkanlah sepenuhnya masa di udara untuk melakukan kerja mahupun dokumentasi.

Dan inilah masanya untuk lebih fokus dengan kerja kerana tiada sebarang gangguan panggilan telefon sepanjang penerbangan.

4. Minimumkan barang yang dibawa ke atas kabin

Meskipun anda sudah mendaftar masuk bagasi, itu tidak bermakna anda seharusnya membawa beg tambahan lain.

Ini kerana beg tambahan yang diletakkan di bawah kerusi tempat duduk anda akan memakan ruang selesa terutama bahagian kaki.

Pastinya pergerakan anda kurang selesa gara-gara adanya barangan di ruang tempat duduk.

5. Bawa peralatan keperluan bersama

Bantal kecil, topeng tidur, plug telinga dan sebagainya mampu memberi sedikit keselesaan buat anda yang melalui perjalanan panjang.

6. Makanan dan minuman

Anda boleh dapatkan makanan di dalam penerbangan dan semua orang pasti suka dan teruja untuk mencuba makanan yang disediakan oleh syarikat penerbangan.

Tetapi anda juga boleh membawa makanan ringan sebagai kudapan dan mengalas perut sementara menunggu pramugari menyajikan makanan kerana ia mengikut jadual.

Pastikan anda mengambil air minuman secara berkala untuk mengelakkan hidrasi manakala kurangkan pengambilan kopi, minuman ringan dan coklat untuk meminimumkan masa anda

7. Barangan elektronik

Pastikan anda mengecas semua power bank dan gajet lain kerana ia “penyelamat” sekiranya anda kebosanan dalam penerbangan.

8. Bertolak ansur

Melalui penerbangan yang lama sememangnya memenatkan.

Justeru, disarankan saling bertolak-ansur dan memahami orang lain mahupun petugas dalam kapal terbang.

Diharapkan sedikit perkongsian ini dapat menjadikan perjalanan dan percutian anda nanti lebih bermakna dan selesa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]