Pemain, jurulatih JDT dijangkiti virus influenza

Seramai 17 pemain, beberapa jurulatih serta kakitangan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) disahkan positif influenza (selsema).

Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards, menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers, berkata kesemua pemain dijangkiti virus tersebut terdiri daripada 10 pemain skuad JDT, 4 dari JDT II dan 3 daripada pasukan JDT III.

Menurutnya, pihak kelab sudah mengambil langkah untuk mengawal penularan virus dan menghantar semua pemain, jurulatih dan kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata pihaknya sudah melakukan proses sanitasi kawasan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk semua.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]