Upacara angkat sumpah exco Perak ditunda selepas laporan rogol

Tarikh baru upacara angkat sumpah tahunan exco Perak belum ditentukan.

PETALING JAYA: Upacara angkat sumpah tahunan exco Perak pada Khamis ini ditunda, selepas polis menerima satu laporan mendakwa seorang exco merogol pembantu rumah warga Indonesianya.

“Ia ditunda sehingga satu tarikh yang belum ditentukan,” sumber di pejabat menteri besar Perak mengesahkan perkara itu kepada FMT.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Bukit Aman sedang menyiasat satu laporan polis yang dibuat seorang warga Indonesia semalam.

Semua exco Perak kecuali menteri besar perlu memperbaharui ikrar sebagai exco negeri setiap tahun.

Lima daripada 10 Adun di Perak datang daripada DAP.