Nur Umairah meninggal dunia

Bayi Nur Umairah Jannah Abdul Muhaimin yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau lebih dikenali sebagai hydrocephalus meninggal dunia hari ini.

Difahamkan sebelum ini Nur Umairah menderita kerana kepalanya menjadi terlalu besar disebabkan air terkumpul pada bahagian otak.

Ini menyebabkan segala pergerakkan Umairah terbatas dan terpaksa terlantar di atas katil.

Lebih menyayat hati lagi, pada usia seawal umur 8 bulan, Nur Umairah hanya mampu bermain sambil bergelak ketawa dalam keadaan terbaring pergerakannya sangat terbatas.

Menurut jiran keluarga bayi itu, Mastura Meor Razali, Nur Umairah meninggal di Hospital Cancelor Tuanku Muhriz, UKM kira-kira 3 petang tadi.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tersusun Kledang Utama.

Penderitaan Nur Umairah menjadi viral selepas bayi itu menerima bantuan daripada orang ramai.

Malah Nur Umairah juga menerima kunjungan daripada Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 9 Julai lalu di hospital.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]