Perceraian Fizo dan Mawar bukan kerana orang ke-3 atau harta, kata Mawar

Tiada keserasian menjadi punca rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang dibina selama 6 tahun gagal diselamatkan.

Menurut Mawar, 30, mereka sudah cuba memperbaiki rumah tangga itu namun terpaksa mengorbankan kasih sayangnya demi kebahagian bekas suami sekeluarga.

Terdahulu awal hari ini, Fizo melafazkan cerai talak 1 terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.

Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Hak penjagaan satu-satunya anak mereka Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun diberikan kepada Mawar.

Menerusi laporan media, Fizo juga mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Mawar, 30, pernah memberitahu dia sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumah tangga mereka.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]