Tak benar saya dipersiapkan jadi presiden PPBM, kata Redzuan

Mohd Redzuan Yusof ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan ketua penyelaras PPBM Sarawak.

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Mohd Redzuan Yusof hari ini menepis khabar angin beliau sedang dipersiapkan untuk menjadi presiden parti itu yang baru.

Menteri pembangunan usahawan itu mengakui timbul banyak spekulasi sama ada beliau patut bertanding jawatan itu atau tidak.

“Desas-desus itu tidak benar. Terdapat pengumuman tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden.

“Tidak (Saya tak dipersiapkan untuk jadi presiden PPBM). Itu benar-benar spekulasi kerana kita perlu mengukuhkan parti,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Redzuan berkata, beliau mempertimbangkan untuk bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, tetapi bukannya presiden.

“Saya dengan senang hati akan terus menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi. Saya kini memberi tumpuan kepada usaha mencapai apa yang diamanatkan perdana menteri.”