Guna bilik persalinan dengan betul dapat bentuk disiplin pemain

Disiplin sesebuah pasukan bola sepak terletak kepada banyak faktor.

Dan salah satu daripadanya komunikasi dan penggunaan dengan betul bilik persalinan.

Ini kerana sesebuah pasukan bola sepak yang sempurna tidak hanya tertumpu kepada taktik dan teknik permainan sahaja, sebaliknya ia melibatkan sikap yang dipamerkan oleh pemain senior supaya menjadi asas kepada pelapis yang terdiri daripada pemain remaja.

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Peter de Roo dipetik mengakui sepanjang bertugas lebih kurang 2 tahun di Malaysia menyedari ada satu “masalah” yang dianggap sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan pemain senior.

Peter de Roo.

Mungkin perkara yang dilihat ini hanya remeh di mata orang orang lain, tetapi sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan bola sepak, masalah di bilik persalinan menjadi salah satu faktor disiplin pemain.

“Budaya di bilik persalinan merupakan satu masalah kepada pemain-pemain Malaysia. Mereka seperti tidak dibentuk dengan disiplin sebagai seorang pemain profesional.

“Mereka sepatutnya hidup sebagai pemain profesional. Hanya segelintir sahaja yang menunjukkan sikap profesional itu,” dipetik berkata.

De Roo berkata, seharusnya bilik persalinan menjadi ruang yang tenang dan boleh dijadikan tempat berbincang, bukan tempat untuk menimbulkan kekecohan atau huru hara.

Jelas De Roo, jika perangai itu tidak dibentuk dari awal mereka menceburi bola sepak, jangan harap pemain-pemain ini akan mengubah sikap mereka selepas berada di peringkat senior.

“Lebih baik anda membentuk mereka menjadi pemain berdisiplin ketika usia muda. Pastikan anda memilih pemain yang betul, pastikan ikut contoh yang betul tidak kira apa jua yang berlaku (seperti tidak jaringkan gol), kekalkan kepercayaan kerana situasi sukar (di atas padang).

“Bukan mudah untuk bergelar pemain profesional dan berstatus bintang dan sebab itu kita perlu memastikan mereka diajar dengan cara yang betul.

“Dalam tempoh 4, 5 tahun kita boleh lihat perubahan pemain-pemain ini ketika berada di peringkat nasional,” tambahnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]