Jangan panaskan 5 jenis makanan, boleh akibatkan racun dalam badan

Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan orang untuk memanaskan semula makanan yang sudah lama, sebelum menikmatinya semula.

Tapi tahukah anda bahawa tidak semua jenis makanan baik untuk dipanaskan semula, walaupun mungkin rasa dan baunya masih elok dan sedap.

Tubuh kita sebenarnya tidak “merelakan” makanan yang dipanaskan semula kerana beberapa makanan mungkin menjadi racun apabila dihangatkan semula dan boleh menyebabkan kanser.

Berikut 5 jenis makanan yang boleh menjadi racun jika dipanaskan semula:-

1. Ayam

Kita sudah sedia maklum bahawa ayam adalah pembekal protein yang tinggi.

Oleh itu, digalakkan untuk tidak memanaskan semula masakan yang berasaskan ayam kerana ia akan menghilangkan kandungan proteinnya.

Memang sedap memakan ayam panas-panas, oleh itu pastikan anda makan ayam tersebut sehingga habis dan jangan memanaskan semula ayam terbabit apabila sejuk.

Protein yang terdapat dalam daging ayam akan berubah mengikut caranya dipanaskan serta boleh mengganggu sistem pencernaan.

Jika terpaksa, panaskan dengan api yang kecil dalam tempoh waktu yang singkat.

2. Bayam

Sayur ini mempunyai kandungai nitrat yang banyak dan jika ia dipanaskan dengan kerap, campuran nitrat ini akan menyebabkan seseorang itu diserang kanser.

Jadi untuk anda yang selalu memasak sayur yang banyak pada waktu siang dan kemudiannya dipanaskan semula untuk dimakan pada waktu malam, kami nasihatkan untuk memasaknya secara berasingan waktu.

3. Kentang

Kentang merupakan salah satu sumber makanan yang cukup popular kerana boleh disajikan dalam pelbagai bentuk.

Namun, kentang selepas dipanaskan semula, nutrisi yang terkandung di dalamnya akan hilang.

Sama seperti bayam, kentang akan mengalami proses pengoksidaan ketika dipanaskan.

Proses tersebut akan membuatkan tubuh berdepan campuran racun berbahaya.

4. Cendawan

Anda mesti suka makan cendawan goreng kan? Cendawan juga boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan jika dipanaskan semula.

Apa pun cara memasak cendewan sama ada digoreng atau dibuat sup, adalah lebih baik tidak dipanaskan semula.

Ini kerana tindakan tersebut akan menyebakan protein dalam cendawan hilang dan senyawa jahat akan masuk ke tubuh.

5. Santan

Santan juga mempunyai jumlah kolestrol yang tinggi dan kandungan kolestrol akan lebih meningkat bila ia dipanskan.

Kebanyakan makanan lazat mempunyai santan.

Biarpun mempunyai rasa yang sedikit berbeza ketika sejuk atau dingin, lebih baik dimakan begitu sahaja.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]