Kafe ‘hipster’ berkonsep Eropah cetus citarasa berbeza

Kafe Harvest menyediakan menu yang boleh dimakan oleh orang Islam kerana tiada penggunaan bahan terlarang.

Pemilihan tempat makan kini menjadi keutamaan majoriti masyarakat Malaysia selain kelazatan makanan itu sendiri.

Tidak dinafikan keselesaan serta dekorasi yang menarik mampu membuatkan pengunjung untuk datang ke sesebuah kafe.

Selain itu dengan mengaplikasikan konsep tertentu pasti akan mempunyai identiti dan tarikannya tersendiri.

Kafe Harvest yang terletak di Cyberjaya boleh dikategorikan sebuah kafe “hipster” yang bakal mencetus satu revolusi kepada penduduk sekitar dengan konsepnya yang berasal dari Eropah.

Mempunyai 2 tingkat, Kafe Harvest dapat menampung sehingga 100 orang pada satu masa.

Kafe 2 tingkat ini juga dapat memenuhi kapasiti 100 pax dalam satu masa.

Sofa yang empuk ditempatkan di bahagian atas bagi keselesaan jika ada sebarang perbincangan yang memerlukan privasi.

Malah ia juga menyediakan tempat khas “business lounge” di bahagian atas.

“American pool table” yang disediakan ini juga mampu menarik minat sesiapa yang lebih suka bersantai sambil menikmati minuman atau makanan.

Antara kelengkapan yang disediakan ialah skrin projector, sofa yang bersesuaian, “American pool table”, set karaoke serta kerusi urut.

Pemilik kafe Harvest, Marley Marcus bersama suami yang juga pengasas, Jason Liew.

Menurut pemilik kafe Harvest, Marley Marcus, 28, kafe tersebut pada asalnya dimiliki peniaga Arab dan beliau melakukan beberapa penambahbaikan termasuk perabot dan peralatan kulinari.

“Saya beli perniagaan ini daripada lelaki Arab dengan harga RM100,000 kemudian saya mengeluarkan modal RM300,000 lagi untuk melengkapkan dekorasi di dalam kafe ini mengikut selera Eropah.

Dekorasi berkonsepkan Eropah dengan penggunaan kayu “rustic” beri kelainan kepada sesiapa sahaja yang datang ke sini.

“Selain restoran dibuka kepada orang awam, ahli perniagaan juga boleh membuat tempahan untuk mengadakan apa jua mesyuarat atau perbincangan di bahagian atas termasuklah parti hari jadi.

“Saya amat mementingkan keselesaan pengunjung kerana di Cyberjaya agak susah untuk mendapati kafe dengan konsep seperti ini,” katanya kepada FMT.

Keunikan mengenai Kafe Harvest ini, mereka menyediakan “baby changing room” dengan sofa empuk yang ditempah khas untuk penyusuan bayi.

Selain menampilkan konsep dan penataan cahaya yang menarik, uniknya mengenai Kafe Harvest ini, mereka turut menyediakan “baby changing room” dengan sofa empuk yang ditempah khas untuk penyusuan bayi dan ternyata ia jarang sekali dilakukan di mana-mana kafe atau restoran.

Tambah Marley, meskipun menampilkan konsep yang agak mewah namun setiap pengunjung masih boleh bersantai dengan pilihan makanan pada harga yang sangat berpatutan.

Menu yang disediakan memenuhi citarasa semua negeri hanya di Kafe Harvest.

Makanan yang dijamin halal, anda boleh menikmati pelbagai pilihan menu tempatan tidak lebih RM15.

Antara menu yang disediakan termasuklah nasi goreng nanas, nasi lemak klasik, nasi lemak Harvest, nasi ayam penyet, “phat kaphrao”, nasi goreng kampung dan “young chow”.

Selain makanan tempatan, kafe Harvest juga menyediakan menu khas dari Sabah iaitu “Beaufort seafood mee” dan “Tuaran mee” hanya pada harga RM9.90.

Beaufort seafood mee antara menu yang wajib dicuba.

“Beaufort seafood mee” yang disediakan bersama sup ternyata memberi citarasa berbeza apabila mee itu sendiri ditempah khas mengikut spesifikasi di Sabah.

Tuaran mee dibawa khas ke Semenanjung dari Sabah bagi mereka yang ingin mencuba kelainan dalam citarasa mee itu sendiri.

Manakala “Tuaran mee” yang disajikan tanpa sup pula memberi cetusan rasanya yang tersendiri dan mee yang digunakan juga ditempah khas.

“Kafe Harvest mementingkan selera semua kaum kerana saya juga sebelum ini bekerja di HSBC Cyberjaya mempunyai ramai kawan dari pelbagai negeri. Jadi menu yang disediakan di sini mampu memenuhi citarasa semua orang tidak kira usia.”

Selain daripada makanan tempatan. Kafe Harvest juga menyediakan makanan barat, pizza, pasta dan minuman yang menjadi trending ketika ini termasuklah mocktail tanpa alkohol.

Kru yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan dan hidangan yang lazat kepada semua pengunjung.

Dengan 2 chef, 1 pembantu dapur, 1 “barista” dan 1 pelayan- Kafe Harvest dibuka:

Isnin hingga Sabtu
12 tengahari hingga 12 tengah malam.

Untuk merasai pengalaman berbeza dan menu yang istimewa disajikan oleh Kafe Harvest ini, bolehlah berkunjung ke kafe itu di:

G-11, Blok B Lingkaran Cyber Point Barat, Taman Neocyber Cyberjaya.

Boleh layari laman sosial Instagram “@harvestcafecyberjaya” untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kafe ini.

Sertai peraduan esok untuk menangi 2 baucar

Ikuti artikel seterusnya esok untuk memenangi 2 baucar makanan di Kafe Harvest dengan menjawab soalan disediakan dan syarat yang ditetapkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]