Wow… Ikan sardin jadikan otot lebih ‘solid’

Ramai yang memikirkan bahawa ikan sardin adalah menu paling mudah dimasak, namun mempunyai risiko tertentu seperti penyebab kanser.

Namun ia juga mempunyai 1001 khasiat yang mungkin ramai tidak tahu iaitu ia mampu menjadikan otot anda lebih kuat.

Ini kerana ikan sardin kaya dengan protein dan membantu dalam pembentukan otot serta menjadi otot yang lebih “solid”.

Selain itu ia mempunyai khasiat lain yang perlu diketahui.

1. Sihatkan kulit

Jika anda inginkan kulit yang sihat, cantik dan bersinar, amalkan makan ikan sardin kerana ia kaya dengan lemak Omega 3.

Lemak penting ini berperanan untuk meningkatkan sel-sel kulit, mengurangkan peradangan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.

2. Tingkatkan ketahanan badan

Antibodi badan dapat ditingkatkan dengan mengamalkan makan ikan sardin kerana kajian menunjukkan selenium dalam ikan sardin dapat menghindari radikal bebas, meningkatkan sel-sel sistem antibodi dan melindungi organ dari kerosakan.

3. Lindungi penyakit jantung

Ikan sardin kaya dengan lemak Omega-3 yang berperanan penting dalam membantu mencegah dan melindungi jantung daripada pelbagai penyakit.

Penelitian telah menunjukkan bahawa asam lemak Omega-3 seperti EPA atau Eicosapentaenoic Acid dan DHA atau Docosahexaenoic Acid dapat memecahkan kolesterol jahat LDL dalam tubuh dan membantu dalam mencegah penyakit jantung.

Omega-3 juga sangat baik untuk memecah plak pada arteri yang menyumbat arteri dan meningkatkan tekanan darah.

Dengan membersihkan plak, asam lemak ini juga akan membantu mengawal tekanan darah.

4. Tingkatkan tumpuan dan kuatkan memori

Lemak Omega 3 sangat diperlukan dalam jumlah besar untuk perkembangan otak.

Ia dapat menguatkan memori dan meningkatkan daya tumpuan.

5. Bantu pertumbuhan dan kuatkan tulang

Vitamin D yang terkandung dalam ikan sardin dapat membantu menyerap kalsium di dalam badan, sekali gus membantu pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat malah mencegah osteoporosis.

6. Cegah pembekuan darah

Gumpalan darah dalam arteri sangat berbahaya untuk sistem jantung.

Jadi, lemak Omega-3 yang ditemui dalam ikan sardin baik untuk jantung kerana ia dapat mencegah pembekuan darah daripada berlaku.

7. Kurangkan risiko degenerasi makula

Degenerasi makula terkait usia (AMD) adalah satu kondisi yang biasanya dilihat pada mereka yang berusia 50 atau lebih, makula dan degenerasi retina adalah kehilangan daya penglihatan.

Kajian menunjukkan bahawa makan ikan terutama ikan sardin dapat mengurangkan risiko pengembangan AMD.

Dari sisi lain pula, makan lemak biasa atau lemak jenuh dapat meningkatkan risiko mengembangkan AMD.

8. Bersifat anti-kanser

Penelitian tentang kanser telah menunjukkan bahawa khasiat kalsium dan vitamin D dapat membantu dalam mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser kolorektal. Ikan sardin adalah salah satu sumber terbaik kalsium dan vitamin D.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]