Anak Zidane sertai Racing Santander demi prestasi

Anak Zinedine Zidane, Luca Zidane bakal menyertai Racing Santander secara “on loan” selama satu musim.

Penjaga gol berusia 21 tahun itu dipinjamkan bagi meningkatkan perkembangannya selepas gagal menempatkan diri sebagai penjaga gawang utama Real pada musim lalu.

Real Madrid kini memiliki 2 penjaga gawang terbaik dunia, Thibaut Courtois dan Keylor Navas yang turut bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat utama di Santiago Bernabeu.

Seorang lagi penjaga gol berkelayakan, Andriy Lunin kembali ke Real selepas semusim dipinjamkan kepada Leganes.

Sementara itu, Racing Santander akan beraksi dalam liga kedua Sepanyol selepas dinaikkan pangkat musim lalu.

“Saya berharap dapat meningkatkan kematangan sebagai pemain bola sepak di kelab bersejarah ini,” kata Luca kepada Daily Mail.

Musim lalu, Luca Zidane pernah tampil sebagai penjaga gol utama ketika membantu kejayaan Real merakam kemenangan 3-2 ke atas Huesca dalam La Liga pada Mac lalu.

Sumber Daily Mail.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]