Cameroon lancar kempen siasat penipuan pilihan raya

Cameroon dijangka mengadakan pilihan raya perbandaran dan daerah tahun ini. (Gambar AFP)

YAOUNDE (Cameroon): Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Cameroon (CONAC) akan memulakan kempen untuk menyiasat sebarang penipuan dalam pilihan raya yang diadakan di negara ini, lapor agensi berita Xinhua.

Kempen bermula dari 22 Julai hingga 4 Ogos, kata presiden CONAC Dieudonne Massi Gams.

“Kita mahu memastikan negara memilih wakil yang berwibawa dan mematuhi undang-undang demi kemakmuran Cameroon. Itulah matlamat utama kempen ini,” kata Gams pada sidang media di Yaounde pada Khamis.

Kempen dikenali “Roadshow” itu melibatkan aktiviti luar, bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai penipuan pilihan raya dalam kalangan rakyat.

“Ia dijalankan secara besar-besaran melalui perkongsian maklumat, selain mengutuk perbuatan rasuah semasa pilihan raya. Kami mahu menghalang semua bentuk penipuan,” kata Gams.

Cameroon dijangka mengadakan pilihan raya perbandaran dan daerah tahun ini.

Pada Jun, Perhimpunan Kebangsaan Cameroon mengundi untuk menangguhkan pilihan raya Dewan Undangan Negeri sehingga tahun depan.