Pelik… Penunggang motosikal bayar Touch n Go

Meskipun motosikal mempunyai laluan tersendiri yang tidak memerlukan untuk mereka membayar tol, namun perkara sebaliknya berlaku kepada seorang penunggang motosikal.

Tular di laman sosial Facebook dan Twitter apabila penunggang motosikal tersebut turut beratur di tol dan menariknya, dia membayar tol itu menggunakan kad Touch N Go.

Kelihatan lelaki tersebut menaiki motosikal Honda berwarna merah dengan yakinnya beratur di belakang kereta Wira dan menyentuh kadnya untuk membayar tol.

Video berdurasi 11 saat itu mendapat perhatian netizen dan komen yang mencuit hati.

Salah seorang pengguna Facebook, Idris Yusof berkata:

“Nak cas mileage kat company la tu… guna motor tapi nak ‘rate’ kereta.”

Dalam laman sosial yang sama juga, Zapariah Ridzwan berkata:

“Bagus dia punya rasa tanggungjawab yang sangat tinggi.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]