PLO sedia runding semula dengan AS capai keamanan

(Gambar Reuters)

RAMALLAH: Kepemimpinan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bersedia menyambung semula rundingan dengan Amerika Syarikat (AS), sekiranya negara itu bersetuju mematuhi piagam keamanan antarabangsa, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

Jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudainah berkata, PLO tidak pernah menolak sebarang rundingan atau inisiatif untuk mencapai keamanan Palestin-Israel, yang berlandaskan penyelesaian 2 negara serta tertakhluk di bawah resolusi legitimasi antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab.

Beliau berkata demikian pada Khamis sebagai mengulas kenyataan pegawai AS mengenai proses perdamaian Palestin-Israel baru-baru ini.