Tous bekerjasama dengan Habib perkukuhkan pasarannya ke peringkat Antarabangsa

Dari kiri pelakon Hannah Delisha, Yvonne Lee, Pengarah Urusan Habib Jewels, Meer Sadik Habib, Nadia Brian dan bekas Ratu cantik Malaysia Yvonne Lee.

Tous, jenama perhiasan dan aksesori Sepanyol, peneraju dalam sektor mewah yang mampu dimiliki, telah berkolaborasi bersama Habib Group untuk mengukuhkan kehadirannya di peringkat antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Urusan Habib, Meer Sadik Habib bersama Pengarah Expansion dari Tous, Levan Tsulukide di majlis pelancaran butik baru Tous yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur.

“Dengan sikap yang inovatif, warisan kita memberi inspirasi kepada masa depan iaitu mewujudkan gaya yang unik untuk wanita hari ini di seluruh dunia. Malaysia adalah salah satu pasaran utama yang menjadi fokus jenama ini pada tahun-tahun mendatang,” kata Tsulukide.

Pengarah Expansion dari Tous, Levan Tsulukide.

Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Meer Sadik berkata, beliau berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama terkenal di dunia ini untuk meraikan ulangtahun ke-100 tahun Habib pada tahun ini.

”Tous adalah perkongsian yang menarik antara Habib Group dan Tous. Kolaborasi ini bertujuan untuk melangkaui harapan pelanggan kami.

“Kami memberi inspirasi kepada pasukan kami untuk mewujudkan perkara yang berbeza dan selalu datang dengan idea segar yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Ini penting untuk terus mengikuti trend pasaran yang semakin berkembang,” katanya kepada FMT.

Aksesori Tous satu jenama yang semakin mendapat perhatian dan permintaan di seluruh dunia kerana menawarkan perhiasan dan aksesori halus dalam meraikan saat hidup dan menjadi jenama menarik yang menambah nilai melalui kualiti dan semangat penggemar jenama ini.

Ia tidak terhad kepada perhiasan sahaja, malah menawarkan pelbagai aksesori lain antaranya beg tangan, cermin mata hitam dan selendang.

”Jenama ini mempunyai potensi besar di Malaysia dan saya percaya kerjasama ini akan membawa Habib dan Tous ke tahap yang lain iaitu menjadi jenama yang paling sesuai untuk semua orang di Malaysia” kata Meer Sadik lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]