Manchester United lakukan carian ke seluruh dunia

Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United begitu mencari jalan lebih ramai pemain baharu, dan melakukan pencarian itu ke seluruh dunia.

Malahan, Manchester United menambah pemain muda ke dalam pasukan mereka, menerusi pembelian Daniel James dan Aaron Wan Bissaka.

Pencarian pemain baharu secara agresif itu susulan skuad berkenaan menunjukkan prestasi yang tidak memberangsangkan pada musim lepas.

Solskjaer memberitahu, beliau meneliti dua ciri personaliti dan prestasi bola sepak, sebelum membawa sesiapa ke Old Trafford.

“Tak kisah kalau mereka warga Inggeris, Norway, Perancis, Brazil. Kamu hanya mahu pemain-pemain yang bagus.

“Sudah tentu kualiti dan ketangkasan merupakan perkara besar dalam bola sepak hari ini.

“Lebih banyak faktor-X yang kamu ada dalam sebuah pasukan, adalah lebih baik,” katanya kepada laman web rasmi kelab itu.

Sumber Daily Mail UK

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]