Gangguan bekalan elektrik di New York jejas 72,000 penduduk

Syarikat perkhidmatan utiliti, Con Edison memohon maaf kepada penduduk terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Manhattan, New York. (Gambar Bloomberg)

NEW YORK: Kira-kira 72,000 penduduk terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Manhattan, New York pada Sabtu petang, demikian menurut syarikat perkhidmatan utiliti, Con Edison, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kenyataan dikeluarkan pada Ahad, gangguan bermula 6.47 petang waktu tempatan dan turut menjejaskan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan.

Kawasan terjejas dari 40 Street di selatan ke 72 Street di utara dan dari Fifth Avenue ke Sungai Hudson.

Bekalan elektrik pulih sebelum tengah malam Sabtu.

Syarikat itu turut memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan akan menjalankan siasatan terpeinci bagi mengenal pasti punca kejadian.

Insiden berlaku pada tarikh sama dengan kejadian bekalan elektrik terputus pada 1977 yang menyaksikan seluruh bandar bergelap.

“Saya ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku, memandangkan ia bukan kejadian pertama,” kata Gabenor New York Andrew Cuomo kepada media tempatan.

Sementara itu, Datuk Bandar New York Bill de Blasio menolak kejadian mempunyai kaitan dengan keganasan dan jenayah.