Guna kuali, periuk jenis Aluminium dan ‘copper’ boleh sebabkan kanser?

Pernahkah anda mendengar tentang peralatan memasak di rumah sekarang boleh memudaratkan kesihatan?

Mungkin ramai beranggapan hanya makanan yang memberi kesan kepada tubuh.

Namun sebenarnya anda silap.

Di facebook, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rizal Abu Bakar berkongsi antara penyebab kanser adalah kerana toksik yang dibebaskan dari kuali atau periuk di rumah.

Hari ni seronok lain macam. Wok granite coated with ceramic dah sampai. Lama dok cari akhirnya bertemu juga di dunia…

Posted by DrRizal Abu Bakar on Thursday, July 11, 2019

Ini tips penting memilih peralatan dapur di rumah serta cara penggunaannya.

Peralatan dapur penyumbang toksik kepada makanan

Mungkin kita tidak sedar antara penyumbang toksik kepada makanan ialah peralatan dapur yang kita guna.

Selalunya tradisional cookware macam wok, periuk dan kuali diletak teflon coating.

Tujuannya adalah untuk tidak mahu makanan yang dimasak melekat.

Terdapat beberapa jenis cookware dari aluminium dan copper.

Semua ini didedahkan kerana kemampuannya melepaskan bahan kimia yang dapat mengubah hormon kita.

Ada bahan kimia pada permukaannya

Peralatan cookware kebanyakannya mempunyai bahan kimia macam PFOA dan PTFE.

PFOA dikaitkan dengan gangguan kepada sistem endokrin dan risiko kepada kanser.

Bukan itu sahaja, ada penyakit lain lagi macam tinggi kolestrol, gangguan pada pundi kencing, kerosakan pada buah pinggang, kanser “testicular” pada lelaki, kerosakan hati dan darah tinggi.

PTFE pula ialah for “polytetrafluoroethylene”, sejenis fluoropolymer yang mengandungi karbon dan fluorine.

PFOA pula adalah “perfluorooctanoic acid”, sintetik ciptaan yang juga diguna untuk fabrik dan karpet kalis kotor.

PFOA akan diserap ke dalam tubuh dan persekitaran kita. Itu yang bahayanya.

Tips guna peralatan memasak seramik

1. Kita panaskan pada api medium dan tinggi. Kaedah ini pastikan jangka hayatnya lebih panjang

2. Sekiranya guna minyak, pastikan minyak yang sama diguna pada suhu medium dan tinggi ini. Jangan panaskan tanpa minyak.

3. Guna spatula kayu. Elakkan yang besi atau aluminium.

Kalau dah tercalar atas apa sebabkan pastikan wok kita campakkan dalam tong sampah. Memang mahal.

Tapi kesihatan kita lebih mahal dan cukai kesakitan itu lebih tinggi dan lagi mahal.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]