KDNK China tumbuh 6.3% pada suku pertama 2019

China menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi pada kadar kira-kira 6 hingga 6.5% bagi 2019.

BEIJING: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat 6.3% pada separuh pertama 2019 berbanding tahun sebelumnya, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan Biro Statistik Kebangsaan pada Isnin.

“Menurut anggaran awal, pada separuh pertama 2019, pertumbuhan KDNK China tahun ke tahun berjumlah 45,09 trilion yuan (AS$6.6 trilion), dengan kadar pertumbuhan tahun ke tahun pada 6.3%,” menurut kenyataan itu.

Pertumbuhan KDNK pada separuh kedua 2019 berkurangan kepada 6.2%, sejajar dengan jangkaan, kata biro itu.

China menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi pada kadar kira-kira 6 hingga 6.5% bagi 2019.