Bukit Aman sahkan 3 orang ditangkap, sumber dakwa ketua negeri seorang suspek

Huzir Mohamed. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis menangkap 3 orang dalam siasatan ke atas video seks sejenis mirip seorang menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata tangkapan dibuat hari ini di Pasir Gudang, Johor pada 2.30 petang tadi.

“Semua bawa ke Kuala Lumpur bagi bantu siasatan,” katanya kepada FMT, dan menambah polis akan memohon perintah reman terhadap 3 orang itu esok.

Huzir bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka, cuma mengatakan 2 orang itu berketurunan Melayu dan seorang berketurunan India.

Sementara itu, seorang pemimpin PKR memberitahu FMT salah seorang suspek itu merupakan ketua PKR negeri yang pernah disoal berhubung kaitannya dengan video itu.

FMT belum dapat mengesahkan dakwaan itu.

.