Durian Musang King dari Malaysia mula dijual di China

Malaysia yang terkenal dengan keenakan buah durian terutamanya “Musang King” menjadi viral sehingga ke negara China.

Durian Musang King yang sememangnya menjadi pilihan Rakyat Malaysia, kini boleh didapati di China hanya dengan membuat tempahan menerusi rangkaian kedai Alibaba di China iaitu FreshHema.

Penawaran durian Musang King di negara tersebut disahkan selepas individu yang mewakili kedutaan China membuat tempahan durian seberat 1.8kg yang hadir dalam keadaan “frozen”.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini cuma produk durian yang diproses sahaja dihantar ke China.

Pengenalan undang-undang terbaru di China ini berdasarkan kepada permintaan yang amat tinggi daripada rakyatnya.

 

Malah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub mensasarkan penghantaran durian yang disejukkan ke China sebanyak 1,000 tan sebulan.

Sebagai rekod, negara kita berjaya mengekspot durian ke China sebanyak 235.62 tan bernilai RM9.44 juta pada tahun lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]