Kenalpasti alahan anak dan cara atasinya

Sistem imun sesetengah kanak-kanak mungkin tidak dapat melindungi dirinya daripada alergi terhadap bahan dalam makanan, debu atau perkara tertentu.

Dan ia sebenarnya adalah tindak balas yang menyebabkan mereka mempunyai alahan.

Alahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan gangguan tidur, aktiviti sosial dan di sekolah.

Kanak-kanak dengan masalah ekzema iaitu situasi awal alahan paling awal boleh menyebabkan mereka cenderung untuk mempunyai alahan terhadap benda lain.

Ekzema, yang juga dipanggil dermatitis atopik, lebih cenderung berlaku pada kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak ini mungkin kemudiannya mengalami alahan hidung atau paru-paru.

Proses evolusi terhadap satu bentuk alahan kepada yang lain dikenali sebagai Atopic March.

Istilah Atopic itu menandakan bahawwa seorang kanak-kanak itu alah kepada pelbagai makanan dan mudah mendapat alahan terhadap alam sekitar.

Ruam dan gatal antara simptom alahan kepada kanak-kanak.

Faktor itu lebih cenderung dalam kalangan kanak-kanak yang ahli keluarganya mempunyai sejarah alahan.

Memandangkan ibu bapa tidak dapat mengawal perubahan alam sekitar dan pemakanan anak mereka sepenuhnya namun pemerhatian terhadap gejala dapat membantu daripada alahan itu menjadi teruk.

Pengesanan awal juga membolehkan ibu bapa dan doktor memberikan rawatan merawat gejala itu seterusnya membolehkan kanak-kanak menjalani kehidupan normal.

Simptom alahan pada kanak-kanak adalah:

  • Ruam kulit
  • Berpeluh
  • Masalah pernafasan
  • Sakit perut, muntah dan / atau cirit-birit
  • Mata gatal dan berair
  • Sejuk, batuk dan / atau bersin

Alahan yang biasa termasuk:

  • Pencemaran alam sekitar seperti debunga tumbuhan dan gigitan serangga
  • Alahan dalaman seperti haiwan peliharaan atau bulu binatang, tungau debu dan lipas
  • Alahan makanan seperti susu lembu, telur, ikan, kacang dan gandum

Kebiasaannya alahan terhadap susu dan telur akan hilang apabila kanak-kanak meningkat dewasa.

Bagaimanapun, ikan dan alahan terhadap kacang secara umumnya boleh berterusan.

Sementara itu, alahan terhadap gandum perlu diberi perhatian kerana ia boleh mengancam nyawa.

Untuk melindungi kanak-kanak daripada alergi terhadap persekitaran langkah berikut boleh membantu:

  • Memelihara haiwan peliharaan di luar rumah
  • Simpan mainan berasingan dengan bilik tidur kanak-kanak
  • Elak penggunaan permaidani di dalam rumah
  • Menutup tingkap untuk mengurangkan alahan berkaitan dengan habuk atau debu
  • Menggunakan tilam dan bantal yang menggunakan sarung untuk meminimumkan alahan kutu habuk

Bulu haiwan boleh menjadi penyebab kepada alahan anak anda.

Sesetengah alahan boleh dikenal pasti dengan mudah, sementara yang lain tidak menunjukkan gejala yang jelas untuk menentukan alergi.

Manakala Ekzema menunjukkan dirinya melalui ruam kulit, disertai dengan gatal-gatal yang teruk.

Ujian diagnostik biasanya akan dilakukan untuk mengenal pasti alahan yang mencetuskan tindak balas alergi termasuk ujian kulit dan darah.

Penemuan ujian biasanya dikaitkan dengan gejala yang diperhatikan sebelum membuat diagnosis akhir.

Dalam kes-kes yang teruk, kanak-kanak mungkin memerlukan perundingan dengan pakar alahan.

Walaupun alahan tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, kesan dan gejala mereka boleh diuruskan melalui strategi rawatan yang sesuai.

Bagi kes tertentu, doktor mungkin akan memberikan ubat anti-alergi seperti antihistamin, inhaler, titisan mata dan semburan hidung sebagai merawat kanak-kanak yang mempunyai alahan teruk.

Dalam kes lain pula, kanak-kanak itu mungkin memerlukan suntikan alahan, yang akan membantu menghilangkan alahan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]