Lembah Klang alami gangguan bekalan air minggu depan

Lembah Klang bakal alami gangguan bekalan air.

PETALING JAYA: Sebahagian besar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air selama 2 hingga 4 hari bermula 23 Julai, kata syarikat konsesi air, Pengurusan Air Selangor.

Syarikat itu berkata gangguan tersebut disebabkan kerja penambahbaikan di loji rawatan air untuk meningkatkan kecekapan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kerja-kerja penambahbaikan ini akan menyebabkan hentitugas loji sepenuhnya,” katanya.

Beberapa kawasan terjejas termasuk bandar raya utama Kuala Lumpur, Petaling Jaya, dan Shah Alam. Senarai penuh boleh dilihat di https://www.syabas.com.my.

Air Selangor berkata pengguna juga boleh menghubungi hotline 15300 atau WhatsApp 019-2800919 atau 019-2816793.