Sultan Ibrahim pamer bakat terpendam buat karipap

Siapa sangka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mempunyai bakat terpendam iaitu sebagai seorang chef.

Bakat terpendam itu dikongsi di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beberapa keping gambar yang dikongsi menunjukkan baginda sedang memasukkan inti ke dalam karipap dan seterusnya menggoreng kuih tersebut.

Karipap yang disedia dan dimasak di Istana Pasir Pelangi itu hari ini akan dihidang dan dimakan bersama dengan kakitangan Istana.

“Sultan Ibrahim bukan sahaja tegas dari segi kepemimpinan serta mahir dalam pelbagai perkara, malah Baginda juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang masakan.

“DYMM Sultan Johor juga mempunyai kebolehan dalam menyediakan pelbagai jenis masakan,” tulis kapsyen pada gambar yang dikongsi tersebut.

Netizen yang komen di laman sosial itu memuji kecekapan baginda buat karipap tanpa menggunakan alatan khas.

“Terbaik Tuanku buat karipap tak pakai pencetak. Hasil seni tangan yang kreatif. Raya yang paling disayangi rakyat Johor,” tulis Cik KediNg OLyn.

“Perghh kena dengan kopi o panas bersama angin sepoi-sepoi bahasa syahdu Tuanku,” tulis Muhammad Naqib Ibrahim.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]