Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom Holdings

Mukhriz Mahathir.

KUALA LUMPUR: Mukhriz Mahathir menjual 72,600 saham dalam Opcom Holdings Bhd pada 15 Julai 2019.

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64% kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mukhriz ketika ini ialah menteri besar Kedah dan timbalan presiden PPBM.