Nama pegawai Guan Eng hilang, muncul semula selepas pertikaian di Dewan Rakyat

PETALING JAYA: Maklumat mengenai setiausaha akhbar Menteri Kewangan Lim Guan Eng dikatakan hilang daripada direktori kakitangan di laman kementerian, beberapa jam selepas kedudukan pegawai itu dipersoalkan di Dewan Rakyat.

Kunjungan terbaru FMT ke direktori kakitangan itu pada 11 malam tadi mendapati namanya tersiar di laman tersebut.

Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob menimbulkan isu itu ketika beliau mempersoalkan kesaksamaan Speaker Mohamad Ariff Md Yusof kerana tidak bertindak terhadap Lim yang didakwa mengelirukan Dewan dengan kenyataannya mengenai GST.

Ismail bertanya pad Ariff adakah anaknya, Muhamad Lutfi pegawai kepada Lim, yang kemudian diakuinya.

Ismail seterusnya bertanyakan adakah kedudukan ankanya itu ada kaitan dengan ketiadaan tindakan terhadap Lim. Ariff menegaskan tiada percanggahan kepentingan dan dia bertindak secara saksama.

Beberapa jam kemudian, nama Lutfi tidak lagi muncul di laman direktori kakitangan Kementerian Kewangan. Tangkap layar memaparkan namanya tersiar di laman itu sudah tersebar.

Terdahulu, Ariff mengumumkan dia tidak akan mempengerusikan perbahasan mengenai keputusannya untuk tidak merujuk Lim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

FMT sudah menghubungi setiausaha akhbar Lim untuk mendapatkan penjelasannya.