Elak beri ‘kentang berproses’ pada bayi

Kentang memang sinonim sebagai makanan bayi.

Ini kerana ia mudah diolah menjadi menu makanan bayi, contohnya kentang putar, begedil, kepingan kentang (wedges) atau “potato stick”.

Tambahan pula secara asasnya kentang jugak merupakan salah satu sumber karbohidrat yang baik untuk bayi.

Berikut adalah beberapa manfaat kentang sebagai makanan bayi.

1. Kaya dengan pelbagai nutrien semulajadi

Kentang kaya dengan pelbagai sumber nutrien semulajadi.

Menurut Healthline.com, 100gram kentang beserta kulitnya mengandungi nutrien berikut:

Kalori: 161
Lemak: 0.2 gram
Protein: 4.3 gram
Karbohidrat: 36.6 gram
Serat: 3.8 gram
Vitamin C: 28% daripada kadar pengambilan harian
Vitamin B6: 27% daripada kadar pengambilan harian
Potasium: 26% daripada kadar pengambilan harian
Mangan: 19% daripada kadar pengambilan harian
Magnesium: 12% daripada kadar pengambilan harian
Fosforus: 12% daripada kadar pengambilan harian
Niasin: 12% daripada kadar pengambilan harian
Folat: 12% daripada kadar pengambilan harian

2. Baik untuk pencernaan
Selain buah-buahan, mungkin ramai tak tahu bahawa kentang juga memiliki kandungan serat yang tinggi.

Serat yang tinggi baik bagi bayi agar pencernaannya tetap lancar dan sihat.

3. Membantu sistem imuniti badan
Kentang kaya dengan antioksidan, beta-karoten, vitamin C, vitamin B kompleks, besi dan fosforus.

Pelbagai jenis vitamin ini diperlukan tubuh untuk melindungi diri dari kuman penyebab penyakit.

Selain itu, vitamin B juga baik bagi perkembangan saraf bayi.

4. Mengenyangkan dan beri tenaga
Berdasarkan kajian, kentang adalah antara makanan yang paling mengenyangkan.

Ia juga menyumbangkan sumber tenaga yang baik untuk bayi.

Oleh sebab itu, ia sesuai untuk membantu bayi mencapai berat badan ideal.

5. Bagus untuk kesihatan tulang
Zat besi, fosforus, kalsium magnesium dan zink yang terkandung dalam kentang membantu bayi untuk membina serta mengekalkan struktur tulang yang kuat.

Selain itu, zat besi dan zink juga berperanan dalam memproduksikan dan mematangkan kolagen dalam tubuh.

6. Bebas Gluten
Ciri kentang yang bebas gluten menjadikannya makanan yang sesuai untuk diperkenalkan seawal bayi.

Bagaimanapun kentang yang diproses tidak bagus untuk kesihatan dan seeloknya ia perlu dielakkan.

Sebaliknya boleh cuba resepi “homemade fries” yang lebih sihat tanpa pengawet.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]