Ketua bahagian sahkan Hassan Karim letak jawatan pengerusi PKR Johor

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim sudah melepaskan jawatan pengerusi negeri, dakwa Ketua PKR Kluang, Mark Mathew hari ini.

Beliau dihubungi ketika pimpinan utama negeri yang lain enggan mengesahkan laporan mengenai peletakan jawatan bekas presiden Parti Rakyat Malaysia itu.

Hasan dilapor menyerahkan surat peletakan jawatan minggu lepas.

Mathew juga mendakwa kebanyakan ketua-ketua PKR di negeri itu mencadangkan Ketua PKR Batu Pahat, Rashid Hasnon, yang juga bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, mengambil alih jawatan itu.