Shima ‘Teringin’ kini seorang Asnaf

Meskipun pahit menelan segala keperitan, namun itulah hakikat sebenar terpaksa ditempuhi penyanyi popular, Shima.

Terkenal dengan lagu “Teringin” dan “Setelah Aku Kau Miliki” pada era 90-an, Shima kini merupakan seorang Asnaf dan menerima bantuan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor.

“Walaupun agak memeranjatkan apabila Lembaga Zakat Selangor memaklumkan yang saya layak untuk dikategorikan sebagai Asnaf, dan saya tahu itu adalah realiti yang paling sedih perlu saya alami.

“Hidup saya sangat susah sekarang, tapi saya masih berharap supaya ada sinar dalam kehidupan yang saya alami sekarang,” katanya.

Shima atau nama penuhnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, berusia 50 tahun,

kini berniaga nasi campur di tepi jalan berhampiran dengan flat yang disewanya di Damansara Damai.

Namun katanya lagi, beliau sendiri sebenarnya tidak berdaya kerana terpaksa menanggung kesakitan yang dialaminya iaitu sakit saraf dan sakit belakang.

Terbaru, Shima juga didapati menghidapi penyakit lemah pundi kencing.

Penyanyi itu difahamkan mendapatkan rawatan secara berkala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

“Menjual nasi campur dengan berdiri dalam keadaan yang lama, dengan keadaan sekarang, mustahil untuk saya lakukannya.

“Tapi saya terima semua dugaan ini dari Allah, dan saya akan lakukan yang terbaik,

Bagaimanpun jelas Shima, dia berharap agar dapat memiliki rumah sendiri melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]