Singapura kembalikan jutaan dolar wang 1MDB

Singapura mengembalikan hampir AS$40 juta kepada Malaysia berhubung skandal 1MDB.

SINGAPURA: Singapura mengembalikan hampir AS$40 juta kepada Malaysia yang dirampas berhubung skandal kewangan besar-besaran yang memainkan peranan utama dalam menggulingkan kerajaan Najib Razak, kata polis.

Negara itu merupakan salah satu daripada beberapa negara yang melancarkan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit dari dana 1MDB.

Skandal itu yang didakwa melibatkan bekas menteri perdana menteri itu, ahli keluarga dan orang terdekatnya – memainkan peranan utama dalam kekalahan pentadbirannya pada pilihan raya tahun lalu.

Polis Singapura berkata, jabatan hal ehwal komersial mereka memfailkan permohonan untuk mengembalikan wang yang disita bernilai S$50.3 juta (AS$37 juta) yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia dan mahkamah meluluskannya.

“Sebahagian wang telah dipindahkan ke Malaysia, manakala selebihnya masih diproses oleh bank,” kata mereka pada Khamis.

Polis tidak mengatakan di mana wang itu dirampas.

Jabatan Kehakiman AS, yang merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB, percaya kira-kira AS$4.5 bilion dicuri dari dana itu.

Siasatan Singapura terhadap 1MDB berpusat pada dakwaan bahawa sistem kewangannya digunakan untuk pengubahan beberapa wang haram yang dicuri.

Individu yang telah dipenjara ialah seorang pegawai bank Switzerland dan 3 pegawai bank swasta Singapura atas peranan mereka dalam urusan itu.

Sejak kekalahan pada pilihan raya, Najib ditahan atas skandal itu dan dibicarakan pada April.