5 restoran pelik di dunia anda perlu tahu

Terdapat beberapa restoran pelik yang ada di seluruh dunia perlu anda tahu.

Ada yang menarik perhatian dengan cara layanan namun ada juga mengerikan dari segi persembahan yang ditampilkan.

Namun ia terpulang atas individu masing-masing sama ada berselera atau tidak untuk menjamu selera di restoran itu.

1. The Clinic

Salah satu restoran paling pelik di dunia ini terletak betul-betul dekat negara jiran kita iaitu Singapura.

Restoran ini mendapat nama The Clinic kerana segala perabot yang dorang gunakan untuk restoran ini datangnya daripada hospital-hospital di Singapura.

Bila anda masuk dalam restoran ini, anda akan nampak kerusi yang mereka gunakan adalah kerusi roda, meja pula menggunakan meja bedah dan pelayan di restoran ini akan memakai uniform jururawat sama macam anda nampak dekat hospital.

Malangnya restoran ini telah pun ditutup pada tahun 2018.

2. Modern Toilet Restaurant

Kalau anda kononnya hendak berlagak “super cool” dengan membawa mak dan ayah anda makan dekat restoran ini jangan menyesal kerana apa yang berlaku sudah pasti sebaliknya.

Restoran yang mula popular di Taiwan ini membawa tema tandas dalam semua benda dekat restoran dia.

Kerusi tempat duduk anda sendiri daripada toilet dan makanan anda juga akan dihidangkan dalam pinggan dan mangkuk yang berbentuk seperti tandas.

Restoran Modern Toilet ini suatu ketika dulu pernah ada dekat kawasan Bukit Bintang tapi rasanya sudah lama ia ditutup kerana tiada sambutan!

3. Kayabukiya Tavern

Restoran Kayabukiya ini tidaklah pelik sangat sebaliknya ia lebih comel.

Restoran yang terletak di bandar Utsunomiya, Jepun ini nampak seperti sebuah restoran yang normal daripada luarannya tapi bila anda masuk sahaja ke dalam restoran ini, anda mesti akan pelik dengan pekerja-pekerja dia.

Restoran ini terkenal sebab dia mempunyai dua ekor monyet yang dalam masa yang sama bekerja sebagai pelayan dalam restoran ini.

Salah seekor monyet yang dinamakan sebagai Yat-Chan lengkap berpakaian seragam dan akan mengambil pesanan dan juga menghantar pesanan makanan dan minuman pelanggan ke meja dorang.

Monyet kedua pula dinamakan sebagai Fuku-Chan akan membawa tisu panas kepada pelanggan!

4. New Lucky Restaurant

Pernahkan terlintas di fikiran anda untuk makan bersebelahan dengan kubur.

Kalau anda ada cita-cita pelik macam itu, anda boleh pergi ke New Lucky Restaurant yang terletak dekat Ahmedabad, India.

Nama yang selalu orang gunakan untuk panggil restoran ini adalah “The Graveyard Restaurant”.

Tengok nama pun anda mesti dah tahu macam mana keadaan restoran inikan?

Restoran ini termasuk dalam sebab ia dibina diatas kubur-kubur lama.

Anda mungkin ingat kubur ini mungkin ada dibawah restoran tapi sebenarnya kubur-kubur ini akan berada betul-betul dekat tepi meja anda!

5. The Robot Restaurant

Di sebuah bilik bawah tanah yang terletak di bandar Shinjuku, Jepun terdapat sebuah restoran yang akan membuatkan anda berada seperti di masa hadapan dan membuatkan anda pening dalam masa yang sama.

Restoran ini dipenuhi dengan robot dan sambil anda menikmati makanan dan minuman anda, satu persembahan robot akan diadakan di hadapan anda.

Tak dilupakan semasa persembahan robot ini diadakan, pelbagai lampu neon berwarna-warni akan menghiasi restoran ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]