6 anggota polis ditahan SPRM

SPRM menahan 6 anggota polis dari IPD Hulu Selangor.

KUALA LUMPUR: Enam anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah melibatkan pendatang tanpa izin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Azman Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota polis terbabit.

“Semua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran berkenaan kes itu.