Khasiat Avocado khasnya dari Australia

Avokado atau nama saintifiknya Persea americana merupakan tumbuhan yang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah dan kini semakin popular dihasilkan di negara Australia.

Khasiat Avokado yang tidak lagi dapat dinafikan menjadikan buah ini terus mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

Kempen yang dilancarkan “Taste Australia” juga pada masa yang sama ingin memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pemilihan makanan yang berkhasiat selain mempunyai rasa yang enak.

Isi buahnya berwarna kuning kehijauan dan mempunyai biji yang agak besar di tengah menjadikan avokado buah yang sangat digemari dan sering dijadikan sebagai bahan premium untuk pelbagai diet mereka termasuk pasta, jem roti dan perasa minuman.

Saban tahun, hampir 3.2 juta tan metrik tanaman avokado dihasilkan bagi memenuhi permintaan di seluruh dunia.

Di sebalik rasanya yang kurang menarik, tanaman ini mengandungi banyak kebaikan yang harus diketahui bersama.

Menurut Pesuruhjaya Perdagangan Australia, Caitlin Noble buah avocado yang dihasilkan oleh Australia secara konsisten menghasilkan buah yang bermutu tinggi kepada penggemarnya di Malaysia.

“Bila mereka membeli buah avocado Australia, mereka bukan sahaja dapat merasai kesegaran buah seolah ‘datang terus daripada ladang’ malah mereka juga membeli buah yang datangnya dari negara yang mementingkan alam sekitar, keselamatan makanan dan keperluan yang ditetapkan untuk sesuatu pekerjaan.

“Memandangkan Malaysia dan Australia tidak begitu jauh maka kita dapat menghantar buah yang segara dalam masa 48 jam,” katanya.

Tambahnya Australia juga menjangkakan penghasilan buah Avokado akan terus meningkat di beberapa daerah lain di negara terbabit bagi menampung permintaan di Malaysia.

Sementara itu bagi pakar pemakanan, Alexandra Prabaharan buah Avokado yang dihasilkan di Australia bukan sahaja berkhasiat malah ia ditanam di kawasan yang mementingkan penjagaan alam sekitar dalam memastikan buah itu berkualiti tinggi.

“Ramai orang sedia maklum kesedapan Avokado namun tidak semua tahu akan khasiatnya.

“Avokado mempunyai kombinasi vitamin dan mineral yang boleh membuatkan sistem imun badan menjadi kuat, meningkatkan tahap kecergasan, meransangkan minda, menguatkan tulang dan juga memberikan anda kulit yang sihat,” katanya.

Antara nutrisi yang terdapat di dalam buah avocado:

  1. Vitamin K
  2. Folate
  3. Vitamin C
  4. Potassium
  5. Vitamin B5
  6. Vitamin B6
  7. Vitamin E

Selain itu, ianya juga mengandungi sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin). Buah avocado mengandungi 160 kalori, 2g protein dan 15g lemak.

Buah avocado ini tidak mengandungi kolestrol atau sodium dan rendah dalam kuantiti lemak tepu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]