Penipuan vaksin isu hebat kepada rakyat

Sebelum munculnya vaksin, ramai orang yang diserang pelbagai virus.

Antara jangkitan yang selalu dihidapi adalah batuk, cacar, campak dan ia memang tidak boleh dielakkan.

Namun kini, dengan adanya vaksin ia menjadi batu loncatan untuk perubatan sains,malah ia tidak menjadi masalah besar jika terdapat individu yang menghidapinya.

Tahun ini, laporan Pergerakan Anti-vaksinasi mencatatkan banyak kes kanak-kanak yang jatuh sakit atau mati akibat penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin.

Laporan itu juga mengesahkan kematian itu berpunca daripada bilangan pelajar yang tidak dibenarkan menerima suntikan vaksin oleh ibu bapa.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan turut mengesahkan bahawa jumlah penyakit yang boleh dicegah vaksin telah meningkat, dari 195 kes pada 2013 kepada 1,934 kes pada tahun 2018.

3 hujah utama yang dibuat terhadap vaksin.

  1. Ia menyebabkan autisme.
  2. Ia mengandungi bahan-bahan berbahaya.
  3. Tidak semulajadi.

Pertikaian itu dibuat oleh pakar perubatan dan ia menyebabkan kebimbangan banyak pihak.

Kebimbangan itu juga membuatkan orang ramai salah faham tentang pentingnya vaksin dalam aspek perubatan.

Secara dasar,vaksin bertujuan untuk menghindarkan penyakit tertentu, apatah lagi menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

Pada akhir abad ke-18, ahli sains, Edward Jenner memulakan kajian vaksinasi terhadap cecair dan menyatakan bahawa vaksin menyebabkan orang menjadi lembu.

Seorang lagi bekas doktor British,Andrew Wakefield,mendakwa terdapat kaitan antara vaksin MMR (campak, beguk dan rubella) dan autisme.

Dakwaan ini diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet.

Artikel ini akhirnya ditarik balik atas kesalahan yang serius dalam prosedur serta pelanggaran etika.

Wakefield akhirnya kehilangan lesen perubatannya.

Bagaimanapun, tanggapan salah bahawa vaksin menyebabkan austisme terus dipercayai sehingga hari ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]