2 kanak-kanak maut 4 rumah terbakar di Kuantan

4 rumah hangus terbakar 100% di Kampung Sungai Isap, hari ini. (Gambar Facebook)

KUANTAN: Tiga termasuk 2 kanak-kanak maut dipercayai akibat terperangkap dalam kebakaran melibatkan 4 buah rumah di Kampung Sungai Isap, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad berkata mangsa yang maut ialah wanita dewasa berusia dalam lingkungan 30-an dan kanak-kanak berusia 10 dan 7 tahun.

Identiti mangsa, bagaimanapun setakat ini masih belum dapat dikenalpasti.

“Semua mangsa ditemui di sebuah rumah yang musnah 100% dan mereka dipercayai terperangkap ,” katanya kepada pemberita, hari ini.