Elak 25 ‘password’ sering digunakan jika tidak mahu kena ‘hack’

Kehidupan seharian pada masa kini memang tak dapat lari dengan menggunakan perkhidmatan secara online sama ada laman media sosial, perbankan atau membeli-belah secara di atas talian.

Kesemua servis tersebut memerlukan anda menggunakan “password” atau kata laluan yang mampu menjamin keselamatan anda.

Semua orang memang tidak akan dapat lari daripada menggunakan password.

Malah dengan pelbagai ancaman jenayah siber yang semakin menggila pada hari ini ramai orang menggunakan pelbagai jenis password untuk memastikan akaun bank, laman media sosial dan pelbagai aplikasi berada dalam keadaan selamat.

Baru-baru ini heboh tentang sistem perbankan di sebuah bank ternama negara berdepan dengan ancaman jenayah siber.

Keadaan beginilah yang membuatkan ramai orang semakin risau akan keselamatan sistem sekuriti akaun mereka.

Namun pada era kini wujud juga orang yang tidak mengambil berat dan kisah akan password mereka.

Seperti yang dilaporkan oleh Gizmodo, mereka telah menyenaraikan 25 jenis password yang paling popular digunakan.

Dan senarai ini merupakan password yang mempunyai ciri-ciri keselamatan paling lemah kerana ia sangat predictable!

Pesan kami kepada anda semua janganlah ambil mudah terhadap password yang digunakan.

Carilah kombinasi yang sukar untuk diketahui oleh orang lain.

Jika password anda terdapat dalam senarai di bawah anda dinasihatkan untuk segera tukar.

1 123456

2 password

3 123456789

4 12345678

5 12345

6 111111

7 1234567

8 sunshine

9 qwerty

10 iloveyou

11 princess

12 admin

13 welcome

14 666666

15 abc123

16 football

17 123123

18 monkey

19 654321

20 [email protected]#$%^&*

21 charlie

22 aa123456

23 donald

24 password1

25 qwerty123

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]