Gantikan nasi lemak kepada roti pita sebagai sarapan berkhasiat

Jika sebelum ini nasi lemak dan roti canai menjadi menu pilihan di waktu pagi, anda boleh mengubahnya dengan makanan lebih sihat.

Dengan hidangan roti pita, yang mempunyai kandungan 70% kurang karbohidrat, 90% kurang gula ditambah dengan bahan lain kaya dengan protein dan fiber, pasti membuatkan anda lebih bertenaga.

Dalam masa yang sama anda boleh mengekalkan diet dan tiada pengumpulan lemak dalam badan anda.

Menampilkan 3 variasi roti pita, ‘Quinoa wrap’,’Chia Wrap’dan ‘Reduce Carb wrap’, merupakan makanan anti-oksida dan omega-3.

Pengarah Jenama Mission Foods, Randall Tan berkata ia bukan sekadar produk baru yang diperkenalkan, tetapi juga ingin menekankan kepentingan untuk rakyat Malaysia dalam pengambilan makanan sihat seawal pagi.

“Kita berharap agar ia memberi kesan dan perubahan kepada kesihatan rakyat Malaysia untuk kehidupan lebih baik,”katanya pada majlis pelancaran variasi roti pita di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir majlis tersebut, gimnastik Malaysia, Farah Ann dan pelakon Peter Davis.

Roti Pita itu boleh dihidangkan dengan pelbagai cara mengikut selera anda, contohnya ayam, udang, sayur bayam, pisang yang dipotong kecil.

Dengan campuran bahan tersebut ia akan menjadikan anda lebih kenyang sehingga ke tengahari!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]