Ainul Mardhiah mula pusing badan, Dr galakkan keluar jalan

Bayi istimewa, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini semakin sihat dan aktif apabila mula pandai memusingkan badannya.

Perkembangan positif itu dimaklumkan ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagramnya.

“Alhamdulillah syukur, Ainul sihat setiap hari. Dah pandai pusingkan badan. Setiap hari kami akan membawa Ainul keluar untuk mengambil angin di luar. Dr sangat galakkan untuk Ainul keluar supaya dapat tengok pemandangan luar,” tulisnya.

Ainul Mardhiah sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8 Julai lalu namun ditangguhkan kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Dia yang menghidap Germ Cell Tumorselamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulutnya di sebuah hospital di London.

Pembedahan dilakukan sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai oleh Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Doktor berasal dari Malaysia, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Julian Ong turut terlibat dalam pembedahan berisiko tinggi itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]