4 tentera cedera, bom meletup di jalan raya di Yala

4 anggota tentera cedera selain mengakibatkan lubang sedalam 1m di atas jalan raya dalam insiden letupan bom di Yala.

YALA: Empat anggota tentera cedera dalam letupan bom di Kampung Pawang, daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, ketika mereka menaiki trak pikap dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas.

Jurucakap polis di Bannang Sata berkata bom buatan sendiri seberat 40kg itu ditanam di dalam jalan raya dan diaktifkan dengan menggunakan bateri, setibanya trak pikap itu di tempat kejadian kira-kira 4.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Katanya berikutan letupan itu, trak pikap yang dinaiki terpelanting dan menyebabkan 4 anggota tentera itu cedera selain mengakibatkan lubang sedalam 1m di atas jalan raya.

Semua mangsa kini dirawat di Hospital Bannang Sata.