Lemon dan madu boleh kempiskan perut

Setiap orang khususnya wanita ingin kelihatan ramping dan perut rata walaupun sudah melahirkan anak.

Namun ia boleh dikatakan mustahil bagi mereka yang sudah bergelar ibu kerana kesan daripada beranak, maka ia akan kelihatan sedikit buncit.

Oleh itu, bersenam adalah perlu selain menjaga pemakanan untuk kekal langsing dan perut yang rata.

Ada tips yang boleh digunakan untuk kembali ke bentuk asal, namun caranya perlu betul dan konsisten.

Ini resipinya:

* 1 liter air
* 2 batang serai diketuk
* 2 batang kulit kayu manis
* 4 inci halia diketuk
* 5 kuntum bunga cengkih
* 1 biji lemon dihiris
* madu

Cara membuatnya :

1. Didihkan air
2. Masukkan semua bahan kecuali lemon dan madu
3. Masak selama 5 minit
4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon
5. Biarkan 1 jam
6. Bila nak minum tambahkan madu
7. Minum sebelum sarapan, makan tengah hari dan sebelum tidur

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]