Kad jemputan kahwin skema viral di media sosial

Pelik tapi ini yang berlaku, perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan seumur hidup bertukar skema apabila kad kawin mereka terlalu rumit.

Ini kerana dalam kad kahwinnya mengandungi gambar rajah, bibilografi, peta dan carta.

Kad kahwin yang viral laman sosial Twitter ini milik Pasangan Nurudeen Onomhoale Ahmed and Hassanah Mustapha Muhammed apabila abang pengantin memuatnaik kad jemputan itu.

Menurut abangnya, pengantin itu merupakan pemegang ijazah sarjana muda (PHD) dan berkerja sebagai pakar Geologi.

Bagaimanapun rata-rata netizen mengulas “tidak semestinya sebagai pemegang ijazah kad kahwin pun perlu buat macam tesis”.

Jemputan perkahwinan itu bermula dengan pendahuluan tentang perkahwinan, diikuti dengan lokasi, bersekali dengan peta, metadologi serta kesimpulan.

Pasangan itu telah berkahwin 20 Julai lalu di Nigeria.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]