Tidak semua tahu, banyak khasiat blueberries untuk tubuh badan

Kebaikan buah beri biru atau blueberries tidak asing lagi pada penggemarnya, bukan sahaja ada manfaat untuk kecantikan dalaman malah ia memberi kebaikan untuk kesihatan secara luaran.

Namun tidak semua blueberries yang ada dipasaran memberi kualiti yang diharapkan oleh pengguna.

Jenama U.S Highbush Blueberries ialah antara pembekal blueberries paling dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Buah blueberries yang berasal daripada Amerika Utara ini biasanya akan berbuah subur diantara bulan April sehingga akhir September setiap tahun.

Jenama asal Amerika Syarikat ini yakin blueberries mereka paling sedap, tinggi kualiti kerana ia ditanam menggunakan tanah berasid tanah tinggi di California, Florida, Georgia, Michigan, New Jersey, North Carolina, Oregan dan Washingston.

Apa yang menarik, buah blueberi ini kita boleh nikmati secara segar dan pada masa yang sama masih dikekalkan rasa serta nutrisi didalamnya.

Ini kerana cara pembungkusannya sangat praktikal.

Ianya dibekukan (frozen) terus setelah buah dipetik dari ladang.

Buah beri boleh disimpan didalam peti beku sehingga 10 bulan lamanya.

Dan kita boleh menikmati buah blueberi ini secara terus seperti kudapan ringan mahupun ramuan dalam pencuci mulut, minuman dan sebagainya

Khasiat Blueberry

Ramai makan Blueberry sebab rasa yang manis, sedap dan juicy tapi tahukah anda khasiat dalam Little Champion ini?

Buah blueberi yang kaya dengan vitamin C, vitamin K dan mineral sememangnya sangat bagus untuk diambil setiap hari.

Ini kerana tuntutan badan kita setiap hari memerlukan 25% vitamin C, 5% vitamin B6 dan 36% vitamin K.

Ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kalestrol dalam badan, baik untuk jantung, melambatkan proses penuaan serta paling penting dapat mengurangkan risiko menghadapi penyakit kanser.

  • Sedap, berjus dan boleh dihidangkan untuk pelbagai juadah
  • Memperbaiki kandungan gula dalam darah
  • Kajian menunjukkan ia mampu membantu kesihatan otak, menyembuhkan sel otak yang rosak dan meningkatkan memori
  • Tinggi anti-oksida untuk melawan kanser
  • Memperbaiki kesihatan mata

Selain berkhasiat, Blueberry ini juga sesuai dan sedap jika dijadikan smoothies atau menjadi salah satu bahan dalam membuat kek.

Rasanya yang unik manis dan berjus pasti menambahkan lagi rasa makanan yang dibuat itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]