JLo terima kejutan hadiah kereta Porsche, dedah tidak pernah memandu

Meskipun memiliki kemewahan dengan pelbagai koleksi kereta mewah, penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez atau JLo mendedahkan dia tidak pernah memandu kereta sepanjang hidupnya.

Perkara itu dikongsinya selepas dia menerima kejutan hari jadi daripada tunangnya iaitu Alex Rodriguez.

“Macam tak percaya! Apa ini? Saya tak pernah terfikir untuk memiliki kereta seperti ini.

“Ianya sungguh sempurna!

“Saya tidak pernah memandu mana-mana kereta sebelum ini,” ujarnya.

Pada sambutan hari jadinya yang ke-50 itu, JLo dihadiahkan sebuah kereta Porsche 911 GTS yang memiliki kelajuan trek melebihi 190 mph.

Antara selebriti lain yang turut hadir pada majlis hari jadinya itu adalah DJ Khaled dan DJ Cassidy.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]