Rawati batuk tanpa makan ubat

Meskipun batuk di peringkat awal tidak begitu serius namun ia boleh membawa kesan buruk pada badan jika berlarutan.

Malah jika ia dibiarkan boleh membawa kepada batuk kering dan lebih teruk boleh menyebabkan batuk berdarah.

Dalam masa yang sama, batuk juga membuatkan dada kita sakit.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunapakai untuk mengurangkan batuk tanpa perlu makan ubat.

1. Minum air mineral dengan banyak antara 1.5-2.0 L sehari bagi mencairkan kahak.

2. Elakkan memakan makanan yang menyebabkan lebih banyak lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis serta tepung putih.

3. Jauhi sebarang asap termasuk asap rokok.

4. Elakkan dari persekitaran yang berhabuk dan tinggal dalam bilik berhawa dingin terlalu lama.

5. Menyedut stim dari air yang mendidih atau mandi dengan air panas dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat.

6. Masukkan air dalam rongga hidung dan hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]