Wow… Siput bentuk pelik banyak khasiat untuk rambut viral

Siapa sangka salah satu jenis siput mempunyai khasiatnya tersendiri dalam melebatkan rambut.

Baru-baru ini viral sejenis siput “Geoduck” menyerupai “alat kemaluan” lelaki menarik perhatian netizen di laman sosial.

Geoduck atau nama saitifiknya Panopea generosa adalah spesies yang cengkerangnya berukuran antara 15 sampai 20cm, mempunyai leher panjang maksima sehingga 1 meter.

Geoduck merupakan kerang terbesar di dunia dan ia banyak diburu manusia kerana khasiatnya.

Gambar siput itu dipaparkan dalam salah sebuah jualan atas talian, dimana gambar tersebut diletakkan di bahagian atas yang melibatkan produk rambut bagi mengatasi masalah rambut sikit atau nipis.

Asasnya, siput itu antara bahan utama yang digunakan oleh 1 produk untuk melebatkan rambut.

Khasiatnya, ia mampu mengurangkan rambut gugur, menguatkan akar rambut serta mengurangkan minyak di kulit kepala.

Ia dijual pada harga bawah RM100 malah ada promosi tertentu kepada pelanggan yang membelinya.

Rata-rata pembeli memberi respon positif dengan menyatakan produk itu memberi kesan yang baik.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]