5 barang harian anda mungkin tidak perasan kegunaannya!

Pernah tak anda tengok seluar jeans anda lepas itu anda pelik apa sebenarnya kegunaan poket kecil yang ada dekat poket seluar anda?

Ataupun masa anda minum air tin, mesti anda perasan ada lubang kecil yang terdapat dekat tab pembuka air tin.

Sebenarnya semua benda-benda ini ada kegunaan rahsia dia cumanya kita saja yang tidak tahu.

Jadi disini dikongsi info tentang benda-benda harian yang ada “hidden uses”.

1. Lubang pada pemegang periuk

Jika anda selalu masak lauk sendiri, anda mesti akan perasan dekat bahagian pemegang periuk anda akan ada lubang dekat bahagian hujung dia.

Kalau anda nak tahu, lubang tersebut diletakan dekat situ bukan sahaja untuk anda gantung periuk anda dekat dinding bila dah habis guna tapi ia sebenarnya dicipta untuk anda letak senduk ataupun sudip anda bila anda memasak.

Bila letak dekat situ, tak adalah bersepah bila anda tengah memasak!

2. Two-toned erasers

Era 90an pemadam yang jenis ada dua warna adalah satu barang yang wajib ada dalam kotak pensil anda.

Sama ada sebelah warna putih dan warna biru atau biru dan merah.

Bahagian biru tersebut boleh digunakan untuk padam dakwat pen tapi ada masa bukan dakwat sahaja hilang tapi dengan buku pun koyak.

Tapi sebenarnya, bahagian biru tersebut memang boleh dan memang dicipta untuk padam dakwat pen cumanya ia cuma boleh digunakan pada kertas yang tebal dan bukannya pada kertas pada buku biasa yang kita guna masa sekolah dulu.

3. Poket kecil seluar jeans

Kalau anda tengok seluar jeans standard, dia biasanya akan didatangkan dengan 5 poket sahaja.

Dua poket dibelakang, 1 poket dibahagian kiri dan kanan dan satu poket kecil yang terletak dibahagian poket belah kanan.

Kalau anda nak tahu, poket kecil anda pada bahagian kanan itu sebenarnya digunakan untuk menyimpan “pocket watch” oleh orang dulu-dulu.

Selalunya yang simpan “poket watch” dekat poket kecil ini adalah orang yang menjaga laluan kereta api dan juga pekerja lombong.

Tapi disebabkan orang sekarang dan tak guna “pocket watch” so orang pun dah lupa untuk apa sebenarnya poket kecil ini.

4. Arrow dekat “gas pump indicator”

Setiap kali masa isi minyak kereta, selalu tengok orang salah parking kereta mereka masa nak isi minyak sampaikan mereka terpaksa tarik getah pump tersebut sebab tempat isi minyak mereka terletak dekat bahagian lain.

Tapi sebenarnya benda ini boleh saja dielakan kalau anda tengok betul-betul dashboard kereta.

Sebenarnya dekat dashboard kereta anda sudah tunjuk dekat mana tempat isi minyak anda berada.

Di “Gas Pump Indicator Light” anda akan nampak arrow kecil.

Arrow tersebut diletakkan disitu untuk bagitahu anda dekat mana tempat isi minyak anda berada!

5. Lubang pada pembuka air tin

Setiap air tin mesti didatangkan dengan tab pembuka.

Jika tidak ada tab ini macam mana anda nak minum air tin itukan?

Tapi orang ramai biasanya akan cabut tab tersebut setelah mereka buka air tin tersebut tanpa mengetahui “hidden used” yang terdapat pada tab tersebut.

Kalau anda nak tahu, lubang yang terdapat pada tab pembuka air tin sebenarnya untuk anda letakkan straw minuman anda.

Bila anda dah buka air tin tadi, anda cuma perlu pusing tab tadi dan pastikan lubang dia terdapat diatas lubang air tin anda dan anda boleh letak straw dekat bahagian tersebut supaya straw anda tak hilang.

Sumber TheLaki.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]